Friday, January 1, 2016

Cerpen : Antara Cinta Dan Pengorbanan 2 : Bibit Cinta

"Wafa..." Ujar ibu ku. "Wafa, ummi nak tanya. Tp Wafa jangan kecil hati ya?" Aku pandang ummi, dan angguk perlahan. Seolah aku sudah dapat menjangkakan soalan yg mahu diajukan. "Sampai bila Wafa nak begini? Adam dah lama tinggalkan kita semua. Wafa...." "Ummi......" Aku lekas memotong dan menggengam tangannya. Aku pandang wajah ummi, cuba memberi penjelasan melalui riak wajah dan padangan mata. Aku tahu, dia faham. Ummi diam "Hulurkan ummi cili tu." Ummi mengalihkan tajuk.

Aku tahu, ummi risau. Aku faham ayah takut. Bagaimana jika pintu hati ku tertutup untuk selamanya? Bagaimana jika aku memang tidak boleh menerima insan lain dalam hidup ku? Tp, Allah maha mengetahui. Dia tahu, aku sgt merindukan kekasihku. Merindukan imam hidupku. Adam Mikhail.

***

Cuaca terik membuatkan tekak Wafa kering. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke cafe yg terletak di belakang bangunan fakultinya. "Adui, jauhnyaaa cafe ni.... " Rungutnya sendirian. Tiba2 seseorang menghulurkan air mineral botol kepadanya. Langkahnya terhenti. "Hauskan? Ambil lah" Kata Irfan. 'Ish, dia ni lagi....' katanya dalam hati. "No thanks". Ujarnya tegas. "Ambillah.... rezeki jangan ditolak." Kata Irfan. "Encik Irfan, boleh tlg saya tak?" Kata Wafa. Ifran mengangguk laju. "TOLONG JANGAN KACAU SAYA." Wafa lantas meninggalkan Irfan dalam keadaan termangu-mangu.

Wafa tidak tahu mengapa Irfan kerap mengganggu nya sejak insiden pelanggaran tempoh hari. Setiap hari ade saja hal dan benda yg dilakukan Irfan untuk menganggu ketenteraman Wafa. Wafa faham, Irfan cuba untuk memenangi hatinya. Dia tidaklah begitu bodoh untuk menyedari hal itu. Tetapi die sedar, dirinya bukan lah jenis wanita yang disukai Irfan Harith. Irfan memang dikenali kerana ketampanan dan kredibilitinya sebagai ketua pelajar disitu. Tetapi dia juga terkenal kerana kenakalannya yg kerap bertukar teman wanita. Wafa tidak selesa jika Irfan kerap dilihat bersamanya.

'Ape lah yg susah sangat aku nak tackle si Wafa ni? Dia suka lelaki yg macam mana ni? Puas aku cuba macam2 cara. Langsung dia tak endahkan. Hishhhh makin geram aku kat ko Wafa. Lagi susah aku nak tackle. Lagi aku suka. No pain No gain! This type of women memang susah nak dapat zaman skang' Irfan bermonolog sendiri sambil berlalu pergi.

***

Wafa merenung kosong ke jendela. Pulangnya dari kolej tadi. Ayahnya tiba2 memanggilnya masuk ke bilik bacaan rumah mereka. Ayahnya menyuarakan rasa bimbang melihat keadaan Wafa yg seakan tidak terurus sejak Adam meninggal dunia. Ayahnya berharap Wafa dapat pertimbangkan hajat ibu dan ayahnya melihat Wafa berkahwin dan meneruskan kehidupan secara normal. Wafa menggentel2 renda langsir dibiliknya. Dia hanya mampu mengeluh panjang. Gambar perkahwinannya dia tatap, berjurai air matanya. "Ya Allah... Berikan aku petunjuk dan hidayahMu". Wafa maraup wajahnya dengan tapak tangan.

Setelah seketika, Wafa merasakan dia memerlukan ketenangan untuk mencari jawapan hidupnya. Dia perlukan masa untuk bersendirian untuk dia membuat keputusan yg sewajarnya. 'Ahhhhh!!! Nantilah aku fikir!!!' Bentaknya dalam hati. Lantas dia terus membuka buku dan komputer ribanyanya. Padanya daripada dia memikirkan masalah2 itu, adalah lebih baik kalau dia menyiapkan segala assignment yg telah diberikan.

Kring.... Kring.... Kring.... Tiba2 telefonnya berbunyi. Wafa mengerling nama di skrin. "Nina?..." Wafa mencapai telefonnya. "Assalammualaikum... Nina! Lamanya tak dengar suara kau~!!!!" Terdengar hilai tawa Nina di telefon... "Woi makcik! Kau senyap je kan!!! Kalau aku tak call tak de nya kau nak call aku!!!" Jerkah Nina. Wafa tertawa kecil. Nina merupakan rakan karibnya sejak kecil. Mereka sama2 berbesar di kampungnya Melaka. Tetapi apabila ayh Wafa dinaikkan pangkat, mereka sekeluarga berpindah ke Putrajaya dan Wafa terpaksa meninggal kawan baiknya itu.

 "Aku busy lah syg. Kau sihat ke?" Wafa memjawab. "Sihatttt... Makcik, aku nak bgtau ni. Aku nak kahwin! 15 Mei ni!!! Aku nak kau jadi pengapit aku.... Confirm tau. No SAY NO!" Ujar Nina. "What??? Kawan aku nak kahwin dah? Alhamdullilah... Dengan siapa?" Wafa teruja. "Hazim laaa. Siapa lagi, boyfriend aku tu! Dtg tau, baju, duit minyak dan hotel aku dah booking. Tak boleh kata tak boleh" Kata Nina. "Yela... Insyallah. Aku mesti jadi kan!!! Kau kan kawan baik aku dunia akhirat~!!!" Jawab Wafa gembira. 

*** 

Alhamdullilah, perancangan Allah tu cantik. Kebetulan 15 Mei tu cuti semester telah bermula. Wafa telah merancang untuk datang awal ke rumah Nina. Kerana dia ingin membantu apa yang patut. Lagipun keluarga Nina dah ibarat keluarganya sendiri.

Wafa sampai di stesen bas Melaka Central tepat jam 2 petang. Dia tercari2 kereta EXORA kelabu yg dikatakan Nina telah menunggunya. Sedang dia terpinga2 mencari, tb2 ada seorang lelaki menegurnya. "Wafa ke?" Kata lelaki tu. Wafa menoleh. Mengangguk perlahan. "Jom!" Kata lelaki itu, mereka berjalan menuju ke kereta. 'Exora kelabu' kata Wafa dalam hati.

Setelah menaiki kenderaan itu, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Chad. Chad merupakan sepupu kepada Nina. Mereka hanya berbual kosong memecahkan kesunyian sementara sampai ke rumah Nina. Chad agak pemalu orangnya. Lebih kepada pendiam. Melalui ceritanya, Chad membuat perniagaan sendiri. Dia seorang usahawan perisa rokok eletronik ataupun lebih dikenali vape di kampungnya. 

"Wafa!!!" Nina berlari ke arahnya. Wafa teruja dan membalasnya dengan pelukan. Dia memang merindui sahabat karibnya itu. "Adoi,,,, Rindunya aku ngan kau beb!" Nina seraya berkata. Ya, Wafa juga merindui keakraban yg dulu. Nina merupakan seorang yg kelakar dan selamba. Dia tak suka bermasam muka dan sentiasa tersenyum walau dalam keadaan sedih. Banyak yg mereka bualkan. Dari perkembangan Wafa yg diiktiraf Nina sebagai "LONE RANGER". Hingga lah hal Nina yg akhirnya bakal berkahwin dengan Hazim setelah 8 tahun bercinta. Jodoh itu rahsia Allah. 

Malam itu Wafa menemani Nina di rumahnya ibunya. Wafa membantu menyiapkan hantaran Nina. Setelah itu, Wafa meminta izin untuk berjalan2 di tepi pantai. Rumah Nina berdekatan dengan pantai. Nina yg kepenatan, tertido di atas sofa rumahnya. 

Wafa menyusur Pantai Klebang perlahan. Fikirannya menerawang mengingat semula persiapan perkahwinannya bersama arwah Adam Mikhail. 'Ya Allah, aku rindu dia Ya Allah....' Bisik Wafa dalam hati. Tak semena-mena air matanya mengalir. Sebenarnya, hatinya sunyi. Jiwanya kosong. Wafa tahu dia memerlukan seseorang dalam hidupnya. Tetapi dia takut untuk melangkah keluar dari zon selesanya sekarang. Wafa takut kalau dia mengecewakan hati Adam. Padanya, bagaikan baru semalam Adam meninggalnya. Walaupun tempoh perkenalan Wafa dan Adam singkat. Tetapi, Wafa sangat menyayangi lelaki itu. Cintanya kepada Adam tak pernah luntur. 

"Awak ok?" Tb2 Wafa disapa. Wafa tersentak. Dia mendongakkan kepalanya. Air matanya disapu. "Chad..." Kata Wafa perlahan. Dia mengganguk. "Saya OK" Wafa berkata. "Anak dara tak elok duduk kat luar sorang2 tau. Lagi2 tengah malam camni. Tak takut ke?" Kata Chad. Wafa senyum, "Chad kan ade" Wafa saja berseloroh. "Saya.... aaaa saya...." Chad garu kepalanya dan menyambung "Saya nak masuk dah. Mak Lang panggil. Awak masuklah jugak." Chad terus berlalu meninggalkan Wafa yg masih tersenyum. Entah kenapa, Wafa selesa bersama Chad. Wafa tidak berasa rimas apabila Chad datang kepadanya. Tak seperti perasaan yg dirasanya apabila Irfan dan Asyraf yg datang kepadanya. 

Asyraf atau pun Mr. Asyraf, adalah seorang kakitangan tempat Wafa berlajar. Asyraf pernah cuba untuk memenangi hati Wafa, membelikan hadiah. Mengajaknya keluar. Tetapi Wafa tidak suka dan tidak berasa selesa bila bersama Asyraf. Setelah banyak kali mecuba, Asyraf akhirnya menyerah, dan dikhabarkan dia bakal berkahwin dengan gadis pilihannya tak lama lagi. 

Alhamdullilah. Dengan sekali lafaz, Nina sah menjadi isteri kepada Hazim. Semua orang tersenyum gembira. Nina menyeka air matanya. Wafa memeluk erat sahabatnya. Hari itu, Wafa mempunyai tugas penting. iaitu menjaga Nina yg menjadi raja sehari. 

Sedang Wafa sibuk menyarungkan Nina stokin, tiba2 Nina memegang tangannya. "Wafa..." Kata Nina perlahan. Wafa mendongak. Memandang wajah Nina yg sudah cantik disolek. Seri pengantinnya menyerlah. Nina nampak cantik sekali dengan busana berwarna Navy Blue. Sesuai dengan kulitnya yg putih. "Beb, terima kasih sebab banyak tolong aku. Kalau kau tak ada... Tak tau lah aku" Kata Nina. Wafa tertawa kecil. "Wafa, aku sebenarnya.... Sedih tengok kau begini. Kalau boleh, kau fikirkanlah cadangan aku malam tadi. Aku bukannya nak jadi match maker. Tapi, tak salah kalau mencuba. Aku taknak tengok kawan aku mcm zombi dah." Ujar Nina sambil tertawa kecil. Wafa turut tertawa.

Malam semalam Nina mencadangkan agar Wafa membuka semula hatinya yg telah tertutup. Nina berharap Wafa boleh memberikan ruang kepada lelaki lain untuk mengenali Wafa dengan lebih dalam lagi. Sekaligus memberikan peluang kepada hatinya untuk jatuh cinta sekali lagi. Wafa sebenarnya tidak tahu ape reaksi yang harusnya dia berikan. Lalu, dia hanya mendiamkan diri. 

***

"Kau tak kisah ke aku pergi honeymoon tp kau plak duduk sini? Aku tinggalkan kau pulak...." Kata Nina sedih. Hari itu, hari ke 4 Nina telah bergelar isteri kepada Hazim. Mereka telah merancang untuk pergi berbulan madu ke Krabi. Tiket dan persiapan telah dilakukan. Tteapi Nina berat hati meninggalkan sahabat karibnya di Melaka seorang diri. Wafa membuat keputusan untuk berehat disini sehari dua lagi sebelum pulang ke Putrajaya. Sebenarnya Wafa tidak kisah pun, Wafa memerlukan masa untuk bersendirian dan dia meyakinkan Nina supaya tidak susah hati. Lagipun, family Nina ada dan mereka boleh memberikan layanan kepada Wafa. 

Hari itu, Wafa keluar sendirian. Dia mengenakan blouse merah dan seluar jean, shawl gaya Haniz Zalika menjadi pilihannya. Wafa berjalan sendiri ke bus stop. Oleh sebab dia selalu datang ke rumah Nina, dia sudah tahu serba sedikit selok belok Pantai Klebang. Sedang dia duduk membetulkan tudungnya yg ditiup angin. Tb2 ade sebuah kereta berhenti dihadapannya. Langkah Wafa terhenti. Tingkap diturunkan. Wafa berjalan ke sebelah kereta, Melihat siapa didalam. "Nak pergi mana panas2 ni?" Kata Chad. "OH~! Chad. Nak pergi Bandar Hilir. Saja jalan2" Kata Wafa. "Nak naik apa?" Chad menyoal lagi. "Bas banyak...." Wafa menjawab. "Jomlah Chad hantarkan." Chad berkata. "Tak susahkan Chad ke? Jauh ni Bandar Hilir dengan Klebang..." Wafa keberatan. "Tidaklah, Chad memang nak ke sana. Nak pergi kedai. Ada order. Dia mengerling kebelakang. Menunjukkan botol perisa vape yg telah disiapkan. Wafa mengangguk dan terus membuka pintu kereta. 

Chad sebenarnya seorang pemalu. Dia mempunyai masalah keyakinan diri dari zaman sekolah lagi. Ini kerana Chad dulu sebenarnya seorang yang berbadan besar. Badannya yang besar membuatkan dia tidak mempunyai ramai kawan dan selalu dibuli. Zaman sekolahnya tidak berlalu dengan seoronok kerana dia sering menjadi bahan ejekan. Oleh kerana dia tertekan, dia telah nekad untuk mengamalkan diet dan membina badan untuk membuktikan yang dia bukanlah seorang yg gagal. 

Suasana tegang didalam kereta membuatkan Chad dan Wafa berasa janggal. "Errrr..." Chad memecah kesunyian. "Wafa sorang je ke ni?" Wafa mengangguk. "Iya... Saja nak jalan2 hilangkan stress. Tengoklah kalau ada cerita best nak pergi tengok wayang. Kalau tak window shopping. Makan cendol ke, Jalan tgk art ke.... Janji enjoy" Kata Wafa. Chad diam, dia mengerling Wafa. Dia curi2 pandang wajah comel itu. Dia suka mata Wafa, bibirnya yg mungil dan nampak comel bila Wafa bercakap. Tetapi Chad tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan apa yg dia rasa. Chad tahu kisah sedih Wafa, Nina pernah cerita. Sebab itulah Chad tidak berani untuk cuba memikat gadis genit itu, Walaupun hatinya telah terpaut dengan kecomelan Wafa. 

"Nina kata Chad anak sulong. Yeke?" Wafa memecah kebuntuan. Chad mengangguk. "Wafa?" Chad tahu, Wafa merupakan anak tunggal keluarganya. Tetapi dia tidak mahu Wafa mati akal untuk cuba bersembang dengannya yg pendiam. Wafa menunjuk jari satu. "Tunggal" Katanya. Chad mengangguk-angguk faham. Sekali sekala dia curi2 pandang wajah Wafa, nasib baik dia memakai cermin mata hitam. Jadi tidaklah Wafa perasan sangat kerlingannya. 

"Wafa, ni Chad tanya je tau. Wafa jangan salah faham. Sekarang ni, Chad nak pergi hantar barang ke kedai. Lepas tu, kerja Chad dah siap, Tak de kerja apa2 dah. Boleh tak kalau Chad nak...." Chad memperlahankan suaranya. "Nak?" Wafa bertanya. "Nak.... Ikut... Eh, bukan ikut. Er...... Keluar... Keluar dengan Wafa." Chad pandang ke tingkap. Dia berasa sangat malu. Entah dari mana datangnya kekuatan itu untuk menyuarakan hasrat hatinya. Wafa diam, dia membuat kira2 sendiri. Dia mengerling jam di tangan. 10.30 pagi. Setelah seketika menunggu jawapan dari Wafa, Chad merasakan dia telah melakukan sesuatu yang bodoh. Kerana telah merosakkan hubungan baiknya dengan Wafa. Padanya pasti Wafa menganggapnya adalah lelaki yg suka mengambil kesempatan. "Ok, boleh. Kiranya Wafa kena ikut Chad COD dulu ke?" Wafa berkata. Pada Wafa, Chad adalah seorang lelaki yang boleh dipercayai. Atas kerana apa, Wafa sendiri tidak pasti. Dia cuma percaya dengan gerak hatinya. Wafa seolah-olah selesa bila bersama dengan Chad. Perasaan yg sama dia rasakan bila bersama dengan Arwah Adam. 

Chad tersenyum "Ye, kena ikut. Tapi kejap je. Hantar barang then gerak. Wafa tak kisah ke?" Chad mendapatkan kepastian lagi. "Tak lah, lagipun boring jugak sorang2. Ada kawan seronok jugak jalan. Haaaaaaa tp dengan satu syarat" Kata Wafa. Chad berdebar-debar. "Apa dia?" Kata Chad. "Chad kena bgtau, nama sebenar Chad!" Kata Wafa separuh mengekek. Makin terserlah kecomelan Wafa pada mata Chad. "Irsyad. Ahmad Amirul Irsyad bin Rashidi" Kata Chad sambil menunjukkan dua jari tanda Peace. Mereka ketawa. 

Tuesday, October 22, 2013

Seindah Wafa

Assalammualaikum, salam sejahtera kepada sume readers. Rs mcm da lame sgt tak hapdet blog. Tak la bz, tp malas. Kekeringan idea, lg pun ade ke yg membaca blog aku ni? Ahaha!

Alhamdullilah, dalam aku mencari hala tuju hidup aku. Aku akhirnya telah menemukan satu jalan yang aku yakin mampu memberikan aku kepuasan dalam hidup. Menjadi Noor Adawiyah Binti Hamdan, bukan lah senang. Tp akhirnya aku berjaya mencari sesuatu yang mampu membuatkan aku happy dan puas bile melakukannya. 

"Seindah Wafa Boutiques and Spa" Cite2 aku untuk menjadi seorang usahawan kecantikkan akhirnya menghampiri kejayaan. Perancangan aku untuk meneruskan minat aku terhadap kecantikkan bakal terlaksana dengan terbinanya Seindah Wafa Boutiques and Spa

Hasil kerjasama aku dengan yang tersayang Encik Naqib Najib, insyallah. Mimpi menjadi kenyataan.... 

Friday, August 23, 2013

Lari, melarikan, dilarikan?

Aku tau dlm dunia ni, bukan sume yg kite nak kite bole dpt... Byk yg kite kene usaha lebih dri yg kite mampu utk kite jadikan sumenye kenyataan. Aku sll berharap dan berdoa aku berjumpe dgn org yg baik. Dijodohkan dgn org yg bole memberikan aku kebahagian. Alhamdullilah, dlm 2-3 menjak ni,hubungan yg asalnya kawan berubah menjadi sahabat. Aku gembira berada di sampingnya kerana die sgt membahagiakan aku....

Setiap wanita menginginkan kisah cinta mereka berakhir dgn pengakhiran yg sempurna. Begitu juga aku. Tp jika kite terlalu mengharap. Tak kah kite takut 1 hari nt mungkin kite akan kecewa? Terlalu banyak yg terjadi kepada aku dalam mase beberapa tahun ni. ape yg aku nak hanya lah kebahagian yg berakhir dgn kisah cinta yg sempurna. Tp nampaknya segalanya tak berjalan seperti yg kami eh, lebih kepada aku rancangkan. Banyak perkara yg membuatkan semuanya menjadi keruh dan sedih tb2. Aku menangis lg :(

Jika mencintai itu hanya membuatkan aku menangis, knp dipertemukan aku dgn insan bernama lelaki. Jika dicintai itu hanya impian aku semata, knp di titipkan rase cinta dlm hati aku?

Diam tak diam, aku sebenarnya selesa menjadi diri aku yg dlu. Bebas, seorang, bahagia, senang, mudah. cume keseorangan. Tp, apelah sgt perasaan keseorangan aku jika di bandingkan dgn tangisan yg aku perlu lalui kini? 

Skang mase untuk aku fikirkan semula keputusan. Sgl keputusan yg aku pernah buat. Kesilapan yg aku susun sendiri. Yg aku pilih sendiri.... Menangis, bukan jalannya lg, tp menangis mmg buat aku rs lega dgn ape yg terjadi....


Tuesday, August 13, 2013

Mencari Sebuah Kebahagiaan

Hello readers... Lame tak hapdet blog. Alhamdullilah. Aidilfitri sudah menjelang... Lately banyak bende berlaku... Dgn cepat. Sampai aku sendiri tak de mase nak hapdet ape yg jd dalam hidup aku. Diam tak diam skang aku da pun ade bf. We~~~ Seronok, tp kdg2 pening.... Ari ni g keje ngan mate sgt bengkak... All day menangis, kepala ase sakit je.... Haih.....

Aku suke ayat ni... Kalau kite tak bole jd bodoh depan org kite syg... Abes depan sape yg bole? Bukan ke org yg kite syg tu di ciptakan untuk melihat kebodohan dan kelebihan diri kite? Sbb tu dalam 1 hubungan perlu ade give n take brulah dipanggil saling melengkapi.... 

Jika menyayangi seseorang tu membuatkan kite menjadi org lain... Itu bukan cinta. Itu memenuhi keinginan sebelah sahaja. Maaf again n again...

Aku harap. aku doa, aku inginkan hubungan ni kekal selamanya... Sbb aku da penat menangis... 

Saturday, May 11, 2013

Ape yg aku minta hanyalah... Maafkan aku~

Istilah dan definasi ditinggalkan seringkali dikaitkan dengan "kesengsaraan dan kedukaan". Ya, aku faham. Bagaimana pula, definasi meninggalkan dalam keadaan hati dan jiwa masih syg? Mungkin kerana desakan atau tiada pilihan? Sudah lah sedih krn terpakse berpisah dgn org yg di sayang. Diasak dengan soalan oleh org di kiri dan kanan yg menginginkan jawapan...

Aku sering mempersoalkan, knp perlu berakhir begini? Sdgkan yg pasti bukan seperti yg aku ingin. Tp adekah kamu semua berfikir ADAKAH PILIHAN LAIN? Org akan terus menghukum "Kau pilih die, kau tau tak kau takkan bahagia dgn org mcm tuh?" Atau, "Kau dah besar, pilihan di tangan ko... kite bole buang mereka dan bina keluarga kite" Tp pilihan ape yg aku ade lebih baik dri ape yg ditawarkan?

Jika menyintai membuatkan kite kehilangan org yg menyayangi kite, cukup berdosa kite krn memilih yg menyintai dri yg menyayangi kite. Jika kite memilih yg menyayangi kite dri yg mencintai kite, cukup bodoh kite krn melepaskan org yg menerima kite seadanya. Maka? Jalan ape yg harus aku lalui?

Jika aku menangis hari ini. Tidak bermakna aku akan menangis esok. Cume bilekah esok itu?

Jika kamu rasa aku mampu bahagia tanpa kamu salah satu, kamu bukan Tuhan untuk menghukum kelemahan aku.

Jika kamu rasa aku kejam kerana terpakse memilih salah 1, kamu tahu, cinta dan kasih sayang mereka lebih bermakna dri segala2nya...

Jika hari ini kita menangis bersama, yakinlah... Suatu hari nanti, kita pasti ketawa bersama~

MAAFKAN AKU... 

Thursday, May 2, 2013

Kasihku menggumam~

Kalau dikatakan tentang cinta,
Siapa yang tidak mahu rasa di lamun cinta?
Kalau dikatakan tentang cinta,
Siapa yg tidak mahu rasa ingin disayangi?
Kalau dikatakan tentang cinta,
Siapa yang tidak mahu berasa bahagia?

Tp cinta ni pelik,
Kadang2 makin kita cuba memiliki,
Makin kuat dan susah untuk dimiliki.

Orang ckp, 
Cinta seharusnya memiliki, 
Tp tidak untuk aku, 
Seringkali aku kecewa... 
Seringkali aku terpakse membuat pilihan,
Seringkali aku menangis kerana cinta...

Ya, pada org cinta itu indah,
Pada org cinta itu membahagiakan, 
Pada org cinta itu mengasyikkan,
Tp mcm mana kalau cinta ni seakan pilihan?
Pilihan kiri atau kanan?
Masihkah aku dipersalahkan?

Bukan senang hati ini berubah, 
Mencintai yg baru melupakan yg lalu,
Hati dan perasaan bukan mainan,
Tp jika kadang2 kita hanya cuba membahagiakan org lain,
Masih salahkah aku?

Allah itu adil,
Takdirnya rahsia,
Tp takdir hidup aku terlalu menyedihkan, 
Biarlah kali ini,
Sekali ini, 
Kau satukan hati ku
Dan hatinya ya Allah...

Aku tersenyum 
Mereka menangis,
Aku menangis,
Mereka tersenyum,

Hidup hanya ada 2 pilihan,
Mahu atau tidak mahu? 

:( 

New Chapter :)

Alhamdullilah, May telah pun tiba. Ape nak ckp ea? Hati aku nanye sgt2 gembira sbb soon or later aku akan jumpe yg tersayang, tp tulah... Dlm mase nak tiba June macam2 masalah dtg secare tb2. Aku sendiri pun naik pening memikir. Aku da mule keje kat Celcom, alhamdullilah rezeki aku. Walaupun keje agak stress tp alhamdullilah, aku kuatkan jugak hati aku. Smoga aku tabah, amin :)