Dah berlalu pun Ogos... Lbh kurang sebulan lagi aku nak abeskan study then masuklah aku ke alam perkerjaan. Diam tak diam sekejap je mase berlalu. Belom puas asenye menajdi seorang pelajar. Dlm saat2 terakhir menjadi student ni la aku ase paling banyk dugaan. Bermula dengan yuran, tempat praktikel... Dan skang, student aku..
Aku sedih bile ingat ape yg jadi kat aku. Org lain masuk kolej bese utk abeskan study dorg. Tp aku speacial kes. Aku dpt Penjara Kajang, student aku sume banduan. Tak ramai, 6 orang je. Tp sumenye pandai.
Lately aku stress nanye. Aku ase aku keliru ngan pasaan menjadi pengajar atau sifat berperikemanusiaan aku. Aku selalu tertanye2. Knp dorg bole tersilap langkah sampai buat kesilapan yang sgt besar dlm hidup dorg.
24 tahun aku berada di Penjara Kajang. Membesar sebagai anak warder penjara, Tak pernah terfikir aku akan menjadi sebahagian warga penjara. Tak pernah aku terfikir melangkah ke pintu besar penjara dalam dan berada di balik tirai besi tuh.
Dulu masa aku kecik2, bile aku lalu tembok besare penjara. Aku akan tanya ayh aku "Ape dorg ngah buat ayah?" Skang aku nampak semuanya yg mereka buat.
26 september ni dorg ade pertandingan Ko-Akademik yang mempertaruhkan kehebatan Sek2 Intergriti dan Sek Henry Gurney. Ntah mcm mane, aku di pertanggungjawabkan utk melatih budak2 sketsa. Sungguh ni sume pengalaman yg sangat bermakna utk aku.
Kadang2 bukanlah niat aku nak memandang rendah pada mereka. Tp bile berada di kalangan mereka, aku rase aku sgt kerdil. Bukan kerdil kerana mereka ganas atau aku perempuan. Tidak. Tp aku membandingkan keupyaan mereka utk menjadi seorg yg sgt berani sehingga membawa diri mereka ke tempat yg sepatutnya bukan utk mereka. Dari pelajat IPT, hingga Juvana. Aku ase tiada 1 pun yg tidak berbakat dalam hidup dorg.
Aku ade student yg merupakan student engineering 1 mase dulu, berada di UM sehingga lah abes pengajiannya. Skang die meneruskan dengan ijazah kedua dia dalam bidang perniagaan. Ntah mane silapnya, sorg budak yg pandai, jd begitu .... Sehingga membuatkan die terperuk dlm penjara hingga bertahun2. Aku belum cerita lagi tentang kes2 bunuh yg dorg lakukan. Rogol dan samun, curi motor hingga beratus2. Sumenye dalam usia yg sgt muda.
Pade aku bakat dan kebolehan mereka hanya dibazirkan dengan benda yg tak berfaedah, kalau mereka diluar. Mungkin mereka adalah seseorang skang. Skang aku dah faham passan cikgu Nik (he was my officemate b4 he`s got transfer to Negeri 9). Berada di kalangan banduan atau pun pesalah. Membuatkan kite terpakse meletakkan 1 jurang utk memisahkan kita dengan mereka. Dimana mereka diyakinkan utk tidak mempercayai kami. Dan kami sebagai tenaga pengajar diingtakan utk tidak mempercayai mereka. Jadi antara pelajar dan guru, tiada 1 ikatan yg membuatkan kite senang dgn kedudukan kita sbgai guru dan mereka pelajar. Segala yg kita lakukan mestilah bertapis, kata2 mereka ibarat air. Hanya dicurah tp tidak 1 pun bertakung di ati kami. Supaya tidak ade sesiapa pun terperangkap dengan mainan mereka.
Mereka cukup berbakat dlm bermain wayang, mencurahkan kata2 manis apatah lg membuatkan org simpati pada mereka. Aku belajar perlahan2 memahami rentak mereka. Tp makin aku belajar, makin aku pula di manipulasi. Criminal minded yang mereka ada mmg sgt hebat~
Wauu.. Berani betul Ada..
ReplyDeleteTakpe2 kuatkan semangat oke?
Insyallah... Maceh Imran^^
ReplyDelete