Wednesday, March 20, 2013

Cerpen : Antara cinta dan pengorbanan (Bhgn 1)

Ku meniti awan yg kelabu... Ku tempuhi lorong yg berliku... Mencari sinar yg menerangi kegelapanku... Ku percaya nanti suatu masa... Sang suria kan menyinar jua... Membawa harapan yg menggunung bersama nya... Engkau tiba bagaikan pelangi... Tak bercahaya namun kau berseri... Tp cukup menghiburkan hati ini... Seharian waktu bersama mu... Tak terasa saat yg berlalu... Bagai Pelangi Petang kau kan Pasti, Pergi jua~

Terdiam aku mengamati lirik lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad di radio. Lagu yang tidak lapuk di masa,  liriknya membawa seribu erti dalam kehidupan manusia. Bukan seperti lagu-lagu sekarang, lirik dan seni kata nya terlalu lurus dan tidak berbunga. Pada aku apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan dengan lagu-lagu dulu. Aku suka betul dengan lagu Pelangi Petang ni. Mengingatkan aku pada seseorang yang telah lama aku cuba lupakan. Seseorang yang pernah hadir seketika dalam hidup aku. Namun terlalu bermakna untuk aku lupakan...

***
"Hoi, termenung!" Jerkah Qira pada ku. "Waalaikumsalam!" Jawabku selamba. Qira menjelingku lantas menjuihkan bibirnya. "Awak tu termenung kemain, ingat kan sape~ Asyraf ke Irfan?" Ujarnya cuba menyerkap jarang. Aku hanya membiarkan soalan itu berlalu. Malas aku mahu menjawab. Otakku kembali menerawang mengenang kisah lalu. "Apa yang ka fikirkan? Cuba cerita dengan aku? Kita ni roomate tau." Qira cuba memujuk ku. Aku diam, "Betul kau nak dengar?" Qira mengangguk laju. Aku mula mengatur cerita. 

***
Aku mengerling jam ditangan. Ahhh terlambat lagi aku kali ni! Aku berlari2 anak menaiki tangga. Dalam tergesa-gesa aku, tiba2... "Aduh!" Jerit lelaki itu. Aku tergamam, aku terlanggar lelaki tiu semasa tergesa-gesa menaiki tangga, habis buku aku dan dia bersepah diatas lantai. "Apa ni cik, jalan pakai mata lah~" Katanya keras. Aku terdiam, "Maaf! Maaf!" Berulang kali aku memohon maaf sambil menyusun semula buku2 yg berterabur.  Setelah mengutip buku2 itu, aku segera menyerahkan buku2nya tanpa melihat wajahnya. Malu bukan kepalang~ sudahlah terlewat masuk ke kelas, terlanggar orang pula. Aku berlalu setelah mengucapkan maaf untuk sekali lagi.

***
"Wafa, you are late!" Jerkah Madam Rosie padaku. "Yes, I`m so sorry madam. I over slept. A bit tired because yesterday I cant sleep well. Promise wont do that again~" Ujarku sambil menunjukkan wajah simpati. Madam Rosie hanya diam, dan dia terus menyambung kelas setelah aku duduk ditempat ku. "Haih~ Apalah nasib hari ni, dah la lambat. Berlanggar dengan orang. Sakit jugak tangan aku ni. Hurm~ Siapa lelaki yang aku langgar tadi. Aaahh lantaklah! Yg penting dah mintak maaf." Kataku didalam hati. 

***
Aku tercari-cari buku nota kecil yang selalu aku bawa. Buku nota itu aku senaraikan perkara2 yang harus aku lakukan. Lebih kepada mini diari. Aku ingat aku bawa pagi tadi. Aku menyelongkar beg aku dan menyelak semua buku2 teks ku, manalah tau kalau ada terselit. "Awak cari ini ke?" Tiba2 seorang lelaki menyapaku lantas menghulurkan buku nota betul2 dihadapan wajahku. Hah! Buku nota aku! Aku terus merampas dari tangan lelaki itu. "Amboi~ macam kucing dapat ikan. Terus sambar! Sayangkan, muka cantik. Tp clumsy..." Ujarnya sinis. Aku terus mengalihkan pandangan ku pada wajah lelaki itu. Aku terkedu seketika. "Irfan?" Aku terlanggar Irfan ke pagi tadi? Aku cuba bermain teka teki sendiri. "S... Sa... Saya terlanggar awak ke pg td?" Kataku perlahan. "Eeh, dia yang langgar, dia yg tanya kita balik?" Katanya, aku hanya diam. "Cik adik, sapa nama awak?" Irfan bertanya, "Wafa" Kataku. "Cik Wafa, lain kali jalan pakai mata. Bukan hidung. Dah langgar orang, lepas tu blah macam tuh je. Sakit dada ni tau tak kene kepala keras awak tuh. Ni buku awak tercicir, nasib baik lah awak terlanggar dengan org yg baik hati macam saya ni. Kalau tidak mimpi la awak nak dapat buku awak balik." Katanya panjang lebar. Aku diam, lantas menjawab "Maaf." Aku terus mengambil beg aku dan berlalu dari situ. Sudah sifat semulajadi, aku malas mahu menimbulkan atau mencipta suasana tegang. Aku lebih suka mengalah. Bukan la bermaksud kalah. Tetapi, kadang2 berdiam diri lebih baik dari mengatakan sesuatu yg boleh melukakan hati orang lain.

***
Irfan Harith, siapa yang tidak kenal? Namanya cukup gah dimata wanita. Peribadinya yang kelakar, wajahnya yang berdarah kacukan German-Melayu-Jawa, jawatan2 yang dipegangnya di Universiti. Cukup membuatkan wanita tergoda hanya dari senyumannya. Tapi kenapa tidak Wafa? Irfan terduduk saat Wafa berlalu meninggalkannya dalam keadaan terpinga2. Ya, memang sebelum ini dia tidak mengenali gadis itu. Pelanggaran tidak sengaja itulah titik perkenalan Irfan kepada Wafa. Wafa... Qatrunnada Wafa. Dia mengetahui nama gadis itu dari salah seorang rakan kelasnya. Orangnya gempal2, tidak kurus, tidak gemuk, kulitnya sederhana cerah. sawo matang kata orang melayu. Bertudung litup. Suaranya bergetar bila bercakap. Hampir tidak kedengaran jika tidak diamati. Tidak mudah tersenyum, matanya redup kalau dipandang lama. Bibirnya mungil, hidungnya mancung! Haih~ Dah macam jatuh cinta rasanya. 

"Aku rasa aku nak try tackle si Wafa tu lah" Kata Irfan kepada Adi. "Wafa? Wafa? Wafa mana pulak ni?" Adi bingung. "Wafa yang tadi la!" Irfan mengetuk kepala Adi. "Poker face?" Adi cuba meneka. Irfan mengangguk. "Hey! Hahaha, aku tak tahu pulak selera kau dah berubah? Sejak bila kau suke perempuan pasif? Come on lah Fan, we know you well. Poker face tu tak sesuai dengan kau!" Adi ketawa panjang. Irfan diam, itulah sebabnya. Irfan memang kaki perempuan. Tp biasanya perempuan2 yg dipilihnya bukan seperti Wafa, paling tidak pun seperti Nana sentiasa berlegging walau kemana2. Ataupun Sarah, sangat "Gigirlish" dengan warna pink. Atau Amirah, makeup tebal berinci tertempek diwajahnya. Moden katanya. Tetapi Wafa ni lain, ada suatu aura dalam diri Wafa yang membuatkan Irfan tertarik untuk berkawan rapat dengan Wafa.

***
"Saya cuma nak jadi kawan awak!" Irfan mengejarku, cuba menarik tanganku tetapi terlepas. "Excuse me Encik Irfan, saya tak suka awak pegang2 saya mcm ni. Saya ada maruah. Tlg hormat maruah saya." Kataku keras. Irfan terdiam "Ok, saya mintk maaf. Saya cuma nak berkawan je dengan awak. Please Wafa." Ujarnya separuh merayu.

*** 
Bukanlah kerana sombong Wafa menolak rayuan Irfan, bukan juga kerana sombong Wafa mengendahkan Asyraf. Tp kisah cintanya yang dulu terlalu luka untuk dia lupakan. Malah jika ditakdirkan dia mahu bersama semula dengan kisah hidupnya dahulu. Kadang2 kita selalu fikir yang terbaik untuk diri kita. Tp Allah dah takdirkan dengan org yang lebih baik untuk kita. Cuma Wafa belum bersedia menerima sesiapa dalam hidupnya bagi menggantikan Adam.

***
"Kalau sudah ini takdir Wafa, Wafa terima jika Adam jodoh Wafa." Kata putus ku membuat ibu dan ayah tersenyum. Kata2 ku dianggap tanda setuju diri aku untuk dinikahkan dengan Adam Mikhail. Pada usia ku 20 tahun, kami telah bertunang dan perkenalan kami diaturkan oleh orang tua kami. Speanjang 3 bulan tempoh bertunang. Aku ada juga keluar bersama tunang ku untuk mengenali satu sama lain. Orangnya ringkas, tinggi dan kurus. Kulitnya putih kemerahan. Rambutnya kerinting halus, matanya bulat dan bibirnya kemerahan. Walaupun kami berkenalan atas sebab keluarga tapi sememangnya kami jatuh cinta antara satu sama lain. 

Maka pada 1 February 2009, setelah persediaan besar-besaran menyambut menantu diadakan. Hari yang aku tunggu akhirnya kunjung tiba. Lagi beberapa jam aku akan diijabkabulkan dengan Adam Mikhail. Busana Hatta Dolmat menjadi pilihan ku untuk persalinan nikah. Aku dibawa ke masjid, tepat jam 10 pagi, dengan sekali nafas, aku sah menjadi isteri kepada Adam Mikhail. Maka, jadilah aku Puan Qatrunnada Wafa. Tangan aku dipegang, cincin disarung tanda aku sudah di sunting orang. Tangannya aku cium dengan penuh kasih sayang. Dahi aku di cium walaupun hakikatnya kami sama malu. Kami bergambar berdua di hadapan mimbar masjid. Wajahku tersenyum gembira. Begitu juga dia. 

*** 
Telefon terlepas dari tanganku, aku terkedu. Benarkah dengan berita yang aku terima ini? "Inallilah~" Air mataku menitis, aku rebah. "Kenapa? Kenapa ni?" Samar2 suara kedengaran suara ibu.

***
Adam terlibat dalam kemalangan sejurus kami keluar dari masjid dimana tempat pernikahan kami. Kereta yang dinaiki Adam dilanggar lori pasir yang hilang kawalan kerana tayarnya tercabut. Adam meninggal dunia serta merta, ibu dan ayahnya juga yang berada di dalam kereta turut terkorban. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga, ketika inai masih merah di jari. Tika hari yang aku nantikan untuk menjadi saat yang paling bahagia dalam hidupku, akhirnya menjadi kisah yang paling tragis. Suami ku meninggal dunia sebelum sempat kami naik ke pelamin, malah ketika kami belum sempat duduk berdua bersembang tentang pernikahan kami. Cinta pandang pertama ku, pergi membawa cintaku untuk selama2nya...

***
"Sekarang kau dah tahu kenapa aku tak boleh nak terima Irfan atau Asyraf kan? Bukan aku sombong, tapi hati aku masih untuk Adam. Adam Mikhail suamiku." Kataku kepada Qira. Qira menyapu air matanya. "You such a strong women Wafa. I adore u." Katanya. Aku tersenyum pahit. "Berapa tahun aku kumpulkan kekuatan aku untuk hidup kuat begini. Asyraf mahupun Irfan takkan mampu menggantikan tempat Adam. Inilah yang aku panggil antara cinta dan pengorbanan. Mungkin aku akan bertemu jodoh untuk kali kedua. Tetapi dalam mase 4 tahun perkahwinan kami ini, Adam Mikhail masih suamiku." 

Sunday, March 17, 2013

Kerje kerja kerja...

Masuk minggu ni, dah hampir 3 minggu aku masih belum berkerja. Masih mencari kerja. Dan tu lah, masih memerlukan perkerjaan. Sejak akhir2 ni, aku ase mcm tertekan ngan situasi semase. Ye la dalam keadaan aku tak berkerja, aku nak kene mengadap kes2 bodoh yg tak selesai2 ag neh. Aku tatau lah bile akan berakhir sume2nye ni. Aku ase mcm kecewa, knp berat sgt dugaan aku? Ye la dri  1 masalah ke 1 masalah. Mmg la masalah akan mematangkan aku, tp tak cukup untuk mengajar aku...

Ade org ckp ngan aku, jgn jd pendendam. Ape masalahnye skang. aku keep percayakan org yg salah. So masalah tu dtg dgn sendirinye. Aku tak de pendirian??? Kdg2 aku ase mcm tuh, tp sekali aku dah melangkah, aku takkan stay back. 

Well learn to live have a life.


LIFE SUCKS, BUT YET... SWEET :) 

Tuesday, March 12, 2013

Jika Ini Jalan Takdirku...

Org ckp, every someone success there`s must be someone there to be their courage untuk meneruskan dan berusaha kepada arah kejayaan. Ye, aku akui bende tu. Mmg aku perlukan seseorg untuk survive dalam hidup aku. Dan yet, skang ni aku dah ade seseorg dalam hidup aku. Alhamdullilah...

Tetapi dalam aku meneruskan kehidupan sebagai pasangan yg sedang dicintai, dugaan demi dugaan dtg kepadaku. Org kate, kalau da tau hubungan tu berisiko knp masih nak diteruskan lagi? Knp masih terfikir untuk menjadikan die sebahagian kau lagi? Allah tu adil, die temukan org yg sama mcm aku. Cume org lain tak tahu. Aku dah die je tau~

Aku tau 1 ari nt, aku pasti akan lukakan ati seseorg yg aku syg demi mempertahankan cinta neh. Aku yakin walaupun aku selalu cakap aku dah sedia dgn segala kemungkinan di masa depan, tp sediakah aku jika y menolak tu org yg melahirkan aku???

Cinta tu pelik, mase pertama kali aku jumpe die. Aku tak terfikir pun die akan jd cinta hati aku. Yet, aku tak pernah rase pun die suke aku. Yeah I mean more then he suppose to like me, tp org yg sll kite tak jangkakan itu lah yg nanye akan jd seseorang yg penting dalam hidup aku. 

Bende yg aku paling takut dlm dunia nih adalah kehilangan. Aku dah banyak melalui kehilangan org yg aku syg. Sumenye menjadi hak org lain. Walaupun aku selalu cakap aku redha dgn ape yg jd. Tp kalau aku terjumpe gmba2 ex2 aku kawen aku rase UNFAIR. Dorg da mampu tersenyum bahagia while I`m sitting infront of their photo`s and cried. Sbb tu kali nih aku amek keputusan nekad, untuk pertahankan cinta aku yg kali ni. Aku doa biarlah ianya menjadi yg terakhir dlm hidup aku...

Jika satu hari, aku terpakse memilih antara cinta dan kasih sayang. Aku mungkin akan memilih kasih sayang, dan pade tika itu, aku hanya mampu berdoa semoga cinta bertemu dengan Laila. Laila yg untuk selamanya... 


Friday, March 8, 2013

Suratan atau kebetulan?

Sesuatu yang tak disangka... Seringkali mendatangi kita... Inikah suratan... Dalam kehidupan... Atau hanya satu kebetulan?

Cinta tu pelik, bile kite cari... Kita takkan jumpe... Tp kalau kite tak cari... Die tb2 je dtg dlm hidup kite.... As I know, aku tak pilih pun dgn sape aku nak jatuh cinta. Die dah semula jadi dalam hati aku. Even kalau aku nafikan pun aku cume tipu diri aku sendiri....

Aku tau, 1 ari nt... Aku akan terpakse menghadap 1 masalah yg besar. Tp aku yakin ngan Allah. Klau dah ditakdirkan jodoh die aku... Di pisahkan mcm mane pun kami akan tetap bersama. Insyallah :)

Love u baby^^

Friday, March 1, 2013

Tak Sangka Aku Memerlukan~

Kerana telah mengubah rancangan saya,
Kerana telah menjadi halangan yang sempurna,
Kerana telah mengambil semua idea yg saya ada,
Tentang ape yg saya mahukan,
Dan membuatkan saya sedar ada sesuatu yang hilang...

Untuk pengakhiran kepada permulaan hidup saya,
Dan untuk menjadi kawan yang tidak disangka2,
Kerana awak adalah sesuatu yang tidak pernah pilih,
Tetapi dalam masa yang sama, saya tak mahu kehilangan awk,
Dan tidak mahu untuk tidak ada bersama kamu lagi...

Awk adalah perkara terbaik yang saya tak pernah tau saya perlukan,
Jadi bila awak ade disisi saya, saya tak tau,
Awk adalah perkara terbaik yang saya tak pernah tau saya perlukan,
Jadi sekarang sudah jelas, Saya Perlukan awak selalu....

Hidup saya semakin happy,
Sampai bila2,
Care awak senyum dan menyenangkan saya, 
Dengan tawa riang awak,
Saya akui, awak bukan lah sebahagian daripada diari hidup saya,
Tetapi sekarang jika awak buka dan lihat,
Awaklah permulaan dan pengakhiran setiap episod....

Siapa yang sangka,
Akan jadi seperti ini,
Sangat tak dijangka,
Tetapi tidak dapat disangkal,
BAHAGIA!!!
Berada bersama kamu disini, di sebelah saya, Kerana 

Awak adalah perkara yang terbaik yang saya tak pernah tau saya perlukan...

*Original song - NEYO... Never Knew That I Needed~

Ya Allah beri aku kekuatan...

Assalammualaikum... 

Tak jawab dosa. Kalau jawab syg :p Hikhikhik

Ya Allah beratnye dugaan hidup bile melangkah ke alam perkerjaan neh. Mcm2 dugaan aku kene lalui... Perit jerih sumenye! Kdg2 aku ase aku tak mampu nak hadap. Tp nak buat camne... Ini separuh dari proses hidup...

Alhamdullilah dalam aku sebok ditimpa kesusahan. Allah temukan aku dengan kawan2 yg banyak memberikan sokongan moral dan mental. Kalau aku tak punya kawan2 yg seperti ini mungkin aku sudah berada di dalam keadaan paling teruk...

Sexual harassment... 1 sentence yg sepatutnye da bole menceritakan segala nye. Tp disalah ertikan sesetengah org yg mempunyai kepentingan sendiri. Aku berdoa, kau tunjukkanlah kepada mereka, siapa yg benar dan siapa yg salah Ya Allah... Bantu aku, berikanlah aku hidayah dan petnjuk mu... Mudahkan lah jalan ku ya Allah. Sesungguhnya aku hanya insan biasa... :(