Wednesday, March 20, 2013

Cerpen : Antara cinta dan pengorbanan (Bhgn 1)

Ku meniti awan yg kelabu... Ku tempuhi lorong yg berliku... Mencari sinar yg menerangi kegelapanku... Ku percaya nanti suatu masa... Sang suria kan menyinar jua... Membawa harapan yg menggunung bersama nya... Engkau tiba bagaikan pelangi... Tak bercahaya namun kau berseri... Tp cukup menghiburkan hati ini... Seharian waktu bersama mu... Tak terasa saat yg berlalu... Bagai Pelangi Petang kau kan Pasti, Pergi jua~

Terdiam aku mengamati lirik lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad di radio. Lagu yang tidak lapuk di masa,  liriknya membawa seribu erti dalam kehidupan manusia. Bukan seperti lagu-lagu sekarang, lirik dan seni kata nya terlalu lurus dan tidak berbunga. Pada aku apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan dengan lagu-lagu dulu. Aku suka betul dengan lagu Pelangi Petang ni. Mengingatkan aku pada seseorang yang telah lama aku cuba lupakan. Seseorang yang pernah hadir seketika dalam hidup aku. Namun terlalu bermakna untuk aku lupakan...

***
"Hoi, termenung!" Jerkah Qira pada ku. "Waalaikumsalam!" Jawabku selamba. Qira menjelingku lantas menjuihkan bibirnya. "Awak tu termenung kemain, ingat kan sape~ Asyraf ke Irfan?" Ujarnya cuba menyerkap jarang. Aku hanya membiarkan soalan itu berlalu. Malas aku mahu menjawab. Otakku kembali menerawang mengenang kisah lalu. "Apa yang ka fikirkan? Cuba cerita dengan aku? Kita ni roomate tau." Qira cuba memujuk ku. Aku diam, "Betul kau nak dengar?" Qira mengangguk laju. Aku mula mengatur cerita. 

***
Aku mengerling jam ditangan. Ahhh terlambat lagi aku kali ni! Aku berlari2 anak menaiki tangga. Dalam tergesa-gesa aku, tiba2... "Aduh!" Jerit lelaki itu. Aku tergamam, aku terlanggar lelaki tiu semasa tergesa-gesa menaiki tangga, habis buku aku dan dia bersepah diatas lantai. "Apa ni cik, jalan pakai mata lah~" Katanya keras. Aku terdiam, "Maaf! Maaf!" Berulang kali aku memohon maaf sambil menyusun semula buku2 yg berterabur.  Setelah mengutip buku2 itu, aku segera menyerahkan buku2nya tanpa melihat wajahnya. Malu bukan kepalang~ sudahlah terlewat masuk ke kelas, terlanggar orang pula. Aku berlalu setelah mengucapkan maaf untuk sekali lagi.

***
"Wafa, you are late!" Jerkah Madam Rosie padaku. "Yes, I`m so sorry madam. I over slept. A bit tired because yesterday I cant sleep well. Promise wont do that again~" Ujarku sambil menunjukkan wajah simpati. Madam Rosie hanya diam, dan dia terus menyambung kelas setelah aku duduk ditempat ku. "Haih~ Apalah nasib hari ni, dah la lambat. Berlanggar dengan orang. Sakit jugak tangan aku ni. Hurm~ Siapa lelaki yang aku langgar tadi. Aaahh lantaklah! Yg penting dah mintak maaf." Kataku didalam hati. 

***
Aku tercari-cari buku nota kecil yang selalu aku bawa. Buku nota itu aku senaraikan perkara2 yang harus aku lakukan. Lebih kepada mini diari. Aku ingat aku bawa pagi tadi. Aku menyelongkar beg aku dan menyelak semua buku2 teks ku, manalah tau kalau ada terselit. "Awak cari ini ke?" Tiba2 seorang lelaki menyapaku lantas menghulurkan buku nota betul2 dihadapan wajahku. Hah! Buku nota aku! Aku terus merampas dari tangan lelaki itu. "Amboi~ macam kucing dapat ikan. Terus sambar! Sayangkan, muka cantik. Tp clumsy..." Ujarnya sinis. Aku terus mengalihkan pandangan ku pada wajah lelaki itu. Aku terkedu seketika. "Irfan?" Aku terlanggar Irfan ke pagi tadi? Aku cuba bermain teka teki sendiri. "S... Sa... Saya terlanggar awak ke pg td?" Kataku perlahan. "Eeh, dia yang langgar, dia yg tanya kita balik?" Katanya, aku hanya diam. "Cik adik, sapa nama awak?" Irfan bertanya, "Wafa" Kataku. "Cik Wafa, lain kali jalan pakai mata. Bukan hidung. Dah langgar orang, lepas tu blah macam tuh je. Sakit dada ni tau tak kene kepala keras awak tuh. Ni buku awak tercicir, nasib baik lah awak terlanggar dengan org yg baik hati macam saya ni. Kalau tidak mimpi la awak nak dapat buku awak balik." Katanya panjang lebar. Aku diam, lantas menjawab "Maaf." Aku terus mengambil beg aku dan berlalu dari situ. Sudah sifat semulajadi, aku malas mahu menimbulkan atau mencipta suasana tegang. Aku lebih suka mengalah. Bukan la bermaksud kalah. Tetapi, kadang2 berdiam diri lebih baik dari mengatakan sesuatu yg boleh melukakan hati orang lain.

***
Irfan Harith, siapa yang tidak kenal? Namanya cukup gah dimata wanita. Peribadinya yang kelakar, wajahnya yang berdarah kacukan German-Melayu-Jawa, jawatan2 yang dipegangnya di Universiti. Cukup membuatkan wanita tergoda hanya dari senyumannya. Tapi kenapa tidak Wafa? Irfan terduduk saat Wafa berlalu meninggalkannya dalam keadaan terpinga2. Ya, memang sebelum ini dia tidak mengenali gadis itu. Pelanggaran tidak sengaja itulah titik perkenalan Irfan kepada Wafa. Wafa... Qatrunnada Wafa. Dia mengetahui nama gadis itu dari salah seorang rakan kelasnya. Orangnya gempal2, tidak kurus, tidak gemuk, kulitnya sederhana cerah. sawo matang kata orang melayu. Bertudung litup. Suaranya bergetar bila bercakap. Hampir tidak kedengaran jika tidak diamati. Tidak mudah tersenyum, matanya redup kalau dipandang lama. Bibirnya mungil, hidungnya mancung! Haih~ Dah macam jatuh cinta rasanya. 

"Aku rasa aku nak try tackle si Wafa tu lah" Kata Irfan kepada Adi. "Wafa? Wafa? Wafa mana pulak ni?" Adi bingung. "Wafa yang tadi la!" Irfan mengetuk kepala Adi. "Poker face?" Adi cuba meneka. Irfan mengangguk. "Hey! Hahaha, aku tak tahu pulak selera kau dah berubah? Sejak bila kau suke perempuan pasif? Come on lah Fan, we know you well. Poker face tu tak sesuai dengan kau!" Adi ketawa panjang. Irfan diam, itulah sebabnya. Irfan memang kaki perempuan. Tp biasanya perempuan2 yg dipilihnya bukan seperti Wafa, paling tidak pun seperti Nana sentiasa berlegging walau kemana2. Ataupun Sarah, sangat "Gigirlish" dengan warna pink. Atau Amirah, makeup tebal berinci tertempek diwajahnya. Moden katanya. Tetapi Wafa ni lain, ada suatu aura dalam diri Wafa yang membuatkan Irfan tertarik untuk berkawan rapat dengan Wafa.

***
"Saya cuma nak jadi kawan awak!" Irfan mengejarku, cuba menarik tanganku tetapi terlepas. "Excuse me Encik Irfan, saya tak suka awak pegang2 saya mcm ni. Saya ada maruah. Tlg hormat maruah saya." Kataku keras. Irfan terdiam "Ok, saya mintk maaf. Saya cuma nak berkawan je dengan awak. Please Wafa." Ujarnya separuh merayu.

*** 
Bukanlah kerana sombong Wafa menolak rayuan Irfan, bukan juga kerana sombong Wafa mengendahkan Asyraf. Tp kisah cintanya yang dulu terlalu luka untuk dia lupakan. Malah jika ditakdirkan dia mahu bersama semula dengan kisah hidupnya dahulu. Kadang2 kita selalu fikir yang terbaik untuk diri kita. Tp Allah dah takdirkan dengan org yang lebih baik untuk kita. Cuma Wafa belum bersedia menerima sesiapa dalam hidupnya bagi menggantikan Adam.

***
"Kalau sudah ini takdir Wafa, Wafa terima jika Adam jodoh Wafa." Kata putus ku membuat ibu dan ayah tersenyum. Kata2 ku dianggap tanda setuju diri aku untuk dinikahkan dengan Adam Mikhail. Pada usia ku 20 tahun, kami telah bertunang dan perkenalan kami diaturkan oleh orang tua kami. Speanjang 3 bulan tempoh bertunang. Aku ada juga keluar bersama tunang ku untuk mengenali satu sama lain. Orangnya ringkas, tinggi dan kurus. Kulitnya putih kemerahan. Rambutnya kerinting halus, matanya bulat dan bibirnya kemerahan. Walaupun kami berkenalan atas sebab keluarga tapi sememangnya kami jatuh cinta antara satu sama lain. 

Maka pada 1 February 2009, setelah persediaan besar-besaran menyambut menantu diadakan. Hari yang aku tunggu akhirnya kunjung tiba. Lagi beberapa jam aku akan diijabkabulkan dengan Adam Mikhail. Busana Hatta Dolmat menjadi pilihan ku untuk persalinan nikah. Aku dibawa ke masjid, tepat jam 10 pagi, dengan sekali nafas, aku sah menjadi isteri kepada Adam Mikhail. Maka, jadilah aku Puan Qatrunnada Wafa. Tangan aku dipegang, cincin disarung tanda aku sudah di sunting orang. Tangannya aku cium dengan penuh kasih sayang. Dahi aku di cium walaupun hakikatnya kami sama malu. Kami bergambar berdua di hadapan mimbar masjid. Wajahku tersenyum gembira. Begitu juga dia. 

*** 
Telefon terlepas dari tanganku, aku terkedu. Benarkah dengan berita yang aku terima ini? "Inallilah~" Air mataku menitis, aku rebah. "Kenapa? Kenapa ni?" Samar2 suara kedengaran suara ibu.

***
Adam terlibat dalam kemalangan sejurus kami keluar dari masjid dimana tempat pernikahan kami. Kereta yang dinaiki Adam dilanggar lori pasir yang hilang kawalan kerana tayarnya tercabut. Adam meninggal dunia serta merta, ibu dan ayahnya juga yang berada di dalam kereta turut terkorban. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga, ketika inai masih merah di jari. Tika hari yang aku nantikan untuk menjadi saat yang paling bahagia dalam hidupku, akhirnya menjadi kisah yang paling tragis. Suami ku meninggal dunia sebelum sempat kami naik ke pelamin, malah ketika kami belum sempat duduk berdua bersembang tentang pernikahan kami. Cinta pandang pertama ku, pergi membawa cintaku untuk selama2nya...

***
"Sekarang kau dah tahu kenapa aku tak boleh nak terima Irfan atau Asyraf kan? Bukan aku sombong, tapi hati aku masih untuk Adam. Adam Mikhail suamiku." Kataku kepada Qira. Qira menyapu air matanya. "You such a strong women Wafa. I adore u." Katanya. Aku tersenyum pahit. "Berapa tahun aku kumpulkan kekuatan aku untuk hidup kuat begini. Asyraf mahupun Irfan takkan mampu menggantikan tempat Adam. Inilah yang aku panggil antara cinta dan pengorbanan. Mungkin aku akan bertemu jodoh untuk kali kedua. Tetapi dalam mase 4 tahun perkahwinan kami ini, Adam Mikhail masih suamiku." 

No comments:

Post a Comment